31 C
Indonesia
Thursday, July 2, 2020
Home Detik News Malaysia 22 April : 50 kes baru, satu lagi kematian, 103 pulih

Malaysia 22 April : 50 kes baru, satu lagi kematian, 103 pulih

Malaysia – Merekodkan 50 kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes.

Dalam sidang media di Putrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata seramai 103 kes telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,452 kes,” kata beliau.

Menurutnya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 1,987 kes.

“Sehingga kini, seramai 43 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).  Daripada jumlah tersebut, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan,” jelasnya.

Noor Hisham juga memaklumkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah kumulatif  adalah sebanyak 93 kematian setakat ini.

Kematian terbaru itu melibatkan seorang wanita warga Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.

“Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2020 jam 9.15 pagi. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Hasil Pertandingan Serie A Juventus vs Lecce final skor 4-0

DetikBolaAsia.com - Berikut hasil pertandingan Serie A Italia 2019/20 antara Juventus vs Lecce, Sabtu (27/06/20) dini hari WIB dengan final skor 4-0....

Selebgram Surabaya Ruth Stefanie Membuat Netizen Bigung Tengah Berpose di Pinggir Kolam Renang

DetikBolaAsia.com - Selebgram cantik asal Surabaya, Ruth Stefanie, tengah berpose cantik di pinggir kolam renang dengan pakaian terbuka membuat netizen langsung berkomentar.

Hasil Pertandingan Liga Inggris Manchester United vs Sheffield United

DetikBolaAsia.com - Manchester United menang dalam pertandingan Liga Inggris Manchester United vs Sheffield United, Kamis (25/06/20) dini hari WIB.

Hasil Pertandingan Liga Inggris Brighton vs Arsenal, Tak Disangka Skor Akhir 2-1

DetikBolaAsia.com - Hasil pertandingan Liga Inggris Brighton vs Arsenal berakhir dengan skor 2-1 pada Sabtu 20 Juni 2020.

Recent Comments