31 C
Indonesia
Thursday, October 29, 2020
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan Vietnam
Home Detik News Covid-19: Lagi 208 kes baru, kematian di Malaysia kini cecah 50

Covid-19: Lagi 208 kes baru, kematian di Malaysia kini cecah 50

Malaysia – Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 208 kes Covid-19 baru setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini ialah 3,116 kes.

Ini merupakan kali kedua jumlah kes baru dalam sehari mencecah 200.

Seramai lima lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian kini mencapai angka 50.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 105, lebih tiga berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, berbanding 64 semalam.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan seramai 122 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini. Ia merupakan jumlah sembuh paling tinggi dalam sehari setakat ini.

Ia menjadikan jumlah kes sembuh kepada 767 kes, atau 24.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Berikut merupakan lima kes kematian terbaru seperti yang diumumkan hari ini:

Pesakit 2,909 (kematian ke-46)

Lelaki warga Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti.

Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 28 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 malam, 31 Mac.

Pesakit 2,910 (kematian ke-47)

Lelaki warga Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout.

Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.10 malam, 29 Mac 2020.

Pesakit 2,572 (kematian ke-48)

Lelaki warga Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.01 pagi, 2 April.

Pesakit 1,273 (kematian ke-49)

Lelaki warga Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-2,107).

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.36 malam, 1 April.

Pesakit 1,767 (kematian ke-50)

Lelaki warga Malaysia berumur 69 tahun.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.20 petang, 2 April.

Setakat ini, 1,407 yang disahkan positif, atau kira-kira separuh daripada jumlah keseluruhan kes, mempunyai kaitan dengan kluster himpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur.

Kira-kira 10,000 orang yang menyertai perhimpunan itu telah disahkan negatif, manakala 3,973 sedang menunggu keputusan.

Noor Hisham berkata, Kementerian kesihatan menjangka 3,400 orang lagi belum menjalani ujian saringan.

Foto dari Malaysiakini
Foto dari Malaysiakini

- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -
- Advertisment -

Most Popular

7meter Link Alternatif | Link 7meter Mobile | 7meter Judi Bola

>> Link Alternatif 7meter << >> Rekomendasi kami: BK8 ( Welcome Bonus Sampai 10 Juta Rp )...

Daftar Skybola188 Judi Slot Online, Judi Bola Terbaik Indonesia

Skybola188 hadir di Indonesia sebagai salah satu situs judi slot online, judi bola terbaik dengan izin resmi dari pemegang lisensi game online...

Bola88 | Link Alternatif Bola88 Terbaru | Login Bola88 Mobile

>> Link Alternatif Bola88 << >> Login Bola88 Mobile << >> Rekomendasi kami:...

Cristiano Ronaldo Dikabarkan Positif Corona

DetikBolaAsia - Cristiano Ronaldo positif COVID-19 saat membela Timnas Portugal. Manchester United diklaim ikut merasakan dampak dari kondisi mantan pemainnya itu. Kok bisa?